Home | Profile Sekolah | Keluarga B4 | Aktiviti | Buletin Semasa | Galeri Foto

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4, Gerik

Laporan Aktiviti Sekolah

Di sini kami akan memaparkan laporan ringkas mengenai aktiviti yang dipengelolakan oleh pihak sekolah, aktiviti dan pertandingan yang disertai oleh warga B4.

mdesahp08.jpg
Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Perak 2005

Tarikh:     15.02.2005 (Selasa)
Masa:       7.30 pg - 12.00 t/hari
Tempat:   Padang SK Mahkota Sari Gerik
 
SMK Batu 4 Gerik tahun in sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Merentas Desa MSSP Hulu Perak. Semua sekolah menengah daerah Hulu Perak telah menghantar peserta masing-masing menyertai kejohanan ini. Lebih kurang 100 guru dan 250 pelajar sekolah daerah Hulu Perak terlibat dalam kejohanan ini.
 
Tuan Haji Mustafa b. Haji Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak merupakan tetamu kehormat bagi kejohanan ini. Beliau telah menyertai upacara penyamapaian hadiah hari berkenaan.
 
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
Lelaki Bawah 18:
Perempuan Bawah 18:
Lelaki Bawah 15:
Perempauan Bawah 15:
 
Pemenang dari kedudukan pertama hingga ke-6 setiap katagori akan mewakili daerah ke kejohanan merentas desa MSS Perak di Bota, Perak Tengah pada 24 Februari 2005.
 
Sebagai pengelola kejohanan, pihak sekolah mengucapkan ribuan teriama kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan pertolongan untuk menjayakan kejohanan tahunan ini.
 

g_royong4.jpg
Gotong-Royong Perdana

Tarikh:     05.02.2005 (sabtu)
Masa:       8.30 pg - 11.00 pagi
Tempat:   Kawasan sekolah
 
Semperna program membasmi deman denggi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan program Gotong-royong Perdana di seluruh Malaysia, maka semua sekolah diwajibkan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi kawasan sekolah masing-masing.
 
Pada hari pagi yang ceria itu, warga B4 iaitu termasuk pelajar, guru, staf sokongan dan pekerja swasta sekolah telah bersama-sama bertungkus-rumus membersihkan seluruh kawasan sekolah yang sederhana luasnya.
 
Pelajar dibahagi mengikut badan unit beruniform. Di antara kawasan sekolah yang dibersihkan ialah longkang sekitar sekolah, kolam air, kantin, padang dan tempat letak kenderaan.
 
 

mdesa03.jpg
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kali-2 2005

Tarikh:     04.02.2005 (Jumaat)
Masa:       8.00 pg - 12.00 t/hari
Tempat:   Padang sekolah
 
Bahagian Ko-kurikulum sekolah telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah kali-2 2005. Pada hari tersebut, semua guru, pelajar dan sebahagian staf pejabat telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.
 
Agenda:
  7.30 pg - perhimpunan pagi dan taklimat kejohanan
  8.00 pg - taklimat pegawai kejohanan
               - pelajar menjalankan aktiviti pemanasan badan ikut rumah sukan
  8.30 pg - pelepasan katagori perempuan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun
  9.30 pg - pelepasan katagori lelaki bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun
11.00 pg - upacara penyampaian hadiah
12.00 t/h - sekolah bersurai 
 
Pemenang bagi katagori masing-masing:
Lelaki Bawah 18:
Perempuan Bawah 18 :
Lelaki Bawah 15:
Perempuan Bawah 15:
 
Pihak SMKB4 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang menjayakan kejohanan ini, terutamanya pihak polis trafik Gerik yang menjaga keselamatan pelajar di sepanjang trek kejohanan merentas desa sekolah.

letour4.jpg
LeTour Langkawi di Gerik

Tarikh:     31.01.2005 (Ahad)
Masa:       9.30 pg - 12.30 t/hari
Tempat:   Depan Aked Mara Gerik
 
Gerik merupakan satu-satu tempat di Perak yang dipilh sebagai salah satu  tempat pemulaan LeTour Langkawi 2005. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar sekolah sekitar pekan Gerik dijemput menghadirkan diri untuk menyamput tetamu kehormat Raja Muda Perak dan peserta-peserta Letour Langkawi di beberapa tempat.
 
Pelajar SMKB4 bersama pelajar SM Teknik Gerik telah diatur menyamput tetamu-tetamu tersebut di pinggir jalan depan sekolah. Seramai lebih kurang 200 pelajar dan 7 orang guru menyertai aktiviti ini.

Aktiviti terkini......